Tuesday, October 19, 2010

Apa Itu Kaunseling?

Mitos Khidmat Bimbingan dan Kaunseling
  • Kaunseling adalah nasihat
  • Hubungan kaunseling hanya sehala
  • Kaunseling lebih mementingkan masalah daripada manusia (klien)
  • Kaunseling menyelesaikan masalah atau persoalan hidup

Apakah Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling?

Perkhidmatan percuma dan ikhlas yang disediakan kepada ANDA untuk mengatasi segala persoalan tentang:

  • peribadi dan emosi
  • perkembangan pelajaran
  • belajar dengan lebih berkesan
  • perlakuan tidak selaras, pendiam, susah hendak bergaul, selalu berpandangan negatif
  • keluarga

Matlamat Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

  • supaya ANDA memahami diri anda
  • supaya ANDA dapat menerima diri anda dan mempunyai pandangan objektif dan realistik
  • supaya ANDA dapat mengenalpasti keperluan anda
  • agar ANDA dapat membuat perancangan yang berkesan di dalam kehidupan anda pada masa sekarang dan akan datang

Bagaimana Perkhidmatan Ini Dijalankan?

  • KAUNSELING INDIVIDU (pertemuan ANDA dan KAUNSELOR)
  • KAUNSELING KELOMPOK (pertemuan ANDA dan RAKAN-RAKAN dengan KAUNSELOR)

Dimana Perkhidmatan Ini Dijalankan?

Pertemuan ANDA dan kaunselor anda akan diadakan di Bilik Bimbingan dan Kaunseling, tanpa gangguan dan tidak boleh didengari oleh orang lain. Hanya ANDA dan kaunselor yang mengetahui tentang perkara akan dibincangkan.

SEGALA PERBINCANGAN DAN MAKLUMAT ADALAH RAHSIA.

SETIAP PERMULAAN BERMULA DARIPADA LANGKAH PERTAMA. MENEMUI KAUNSELOR ADALAH LANGKAH YANG BIJAK!